top of page

Batalion ke-9 RAMD Para telah menjadi pusat cemerlang kelab dan pasukan bolasepak Kor RAMD bagi tahun 1996 sehingga sekarang. Pasukan ini juga merupakan pusat cemerlang bolasepak Kor RAMD bagi mempertingkatkan mutu serta prestasi permainan mereka. Didalam jangkamasa 18 tahun menjadi penaung kelab, pelbagai kejayaan telah diperolehi dari tahun 1996 sehingga kini. Penaung pusat cemerlang ini merupakan Pengerusi RAMD manakala Pengerusinya adalah Pengarah Infantri dan Pegawai Memerintah Batalion 9 RAMD Para memegang jawatan Naib Pengerusi.

 

Selain menjadi penaung kepada kelab bola Kor, pasukan bolasepak 9 RAMD Para juga telah menunjukkan kecemerlangan dengan berjaya merangkul johan PSAHMS sebanyak 12 kali semenjak piala ini diperkenalkan oleh KDYMM Agong pada tahun 1978. Kejayaan kepada pasukan bolasepak 9 RAMD Para yang sememangnya telah berlatih dengan gigih demi mencapai matlamat pasukan bolasepak 9 RAMD Para khasnya dengan misi pasukan amnya. Pada tahun 1999/2000, tim bolasepak pasukan sekali lagi memasuki peringkat akhir kejohanan Piala Sultan Abdul Halim dan naib johan. Pada tahun 2001, tim bolasepak pasukan sekali lagi dapat memasuki peringkat akhir. Kejohanan Piala Sultan Abdul Halim dan menjadi johan. Kejohanan Piala Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah dijuarai oleh 9 RAMD Para sebanyak 9 kali berturut-turut semenjak tahun 1999 sehingga tahun 2007.

 

Kejayaan terakhir pasukan ini apabila Batalion ini memenangi kejohanan Piala Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada tahun 2016 selepas menewaskan pasukan dari 19 RAMD (Mek) dengan 3-1.

Pusat Cemerlang Bola Sepak RAMD

bottom of page