top of page

Identiti 9 RAMD Para

Identiti ini merupakan simbol kepada seluruh warga 9 RAMD Para bagi menunjukkan kepada pasukan lain bahawa setiap anggota pasukan ini adalah bersemangat yang kental dan sanggup berkorban pada setiap masa walau apa cabaran yang dihadapi.

Dataran Semangat Harimau Para

 

Dataran yang telah diilhamkan oleh Lt Kol Zulkifeli bin Mohd Zin yang  terletak dipintu masuk pasukan ini melambangkan semangat kepahlawanan seluruh warga para di dalam meningkatkan lagi imej pasukan. Ianya juga melambangkan semangat setiap individu yang dikumpulkan secara kolektif. Keseluruhan daratan ini diperbuat daripada batu bukit dan besi untuk melambangkan semangat warga pasukan ini yang kental dan jitu sebilang masa.

Bendera Pasukan di Dataran Semangat Harimau Para

 

Di samping itu juga, kelihatan mercu tanda pasukan ini iaitu bendera pasukan yang berkibar megah di Dataran Semangat Harimau Para ini. Bendera ini melambangkan betapa megahnya para anggota 9 RAMD Para berdiri serta bekerjasama diantara satu sama lain di bawah naungan pemerintahan Pegawai Memerintahnya.

Piramid Besi

 

Tiang besi berbentuk piramid ini yang menjadi tunjang kepada tiang bendera di Dataran Semangat Harimau Para melambangkan percantuman semangat bagi setia warga pasukan ini. Tiang ini juga merupakan hasil idea yang diilhamkan oleh Lt Kol Zulkifeli bin Mohd Zin, Pegawai Memerintah pada masa tersebut.

Pemakaian Baju T Pasukan

 

Baju T pasukan yang berwarna maroon akan dipakai oleh setiap warga pasukan ini semasa latihan jasmani setiap pagi, dan juga aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong batalion serta aktiviti kompeni. Baju T ini berlambangkan Harimau Para yang dimasukkan juga perkataaan 'TAK KENAL MENYERAH'  dibawah lambangnya.

Cara Menjawab Panggilan Telefon

 

Cara menjawab ini telah dibuat keseragaman kepada semua warga pasukan ini iaitu: '' Para Assalammualaikum Pejabat ............. Harimau Para Pbt Ali bin Ahmad Bercakap Boleh Sya Bantu Tuan "

bottom of page