9 RAMD Para
Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu DiRaja Para adalah sebuah Batalion Infantri Para yang merupakan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) yang bersedia untuk diaturgerakkan di mana sahaja sama ada darat, laut atau udara demi menjaga kedaulatan negara Malaysia.
Peranan Batalion Infantri Para adalah untuk membentuk dan mengekalkan keupayaan untuk diaturgerakkan secara operational dalam lingkungan masa yang ditetapkan bagi melaksanakan satu atau lebih tugas yang ditetapkan. Di antara tugas yang dilakukan oleh batalion ini adalah seperti berikut:
1. Operasi konvensional secara bersendirian atau bersama terhadap ancaman di dalam dan di luar negara.
2. Melindungi dan menyelamat rakyat dan hartabenda Malaysia diseberang laut.
3. Membantu Pihak Berkuasa Awam dalam menangani masalah ketenteraman awam.
4. Peperangan menentang insurgensi.
5. Membantu negara-negara sahabat atas permintaan termasuk tugas-tugas bantuan akibat bencana alam, pertahanan awam dan juga tugas-tugas pengaman.