top of page

Lambang - Harimau Para

Lambang Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu DiRaja Para menggunakan lambang yang bergelar HARIMAU PARA dimana bahagian kepala harimau diletakkan diantara sayap penerjunan serta diletakkan nombor 9 di tengah-tengahnya. Keseluruhan warna bagi lambang ini ialah kuning bagi kepala harimau dan sayap. Warna merah diletakkan pada mata, lidah, gigi serta taring harimau dibiarkan dengan warna putih.

 

Nombor 9 pula diwarnakan dengan warna hitam. Lambang in diilhamkan oleh Lt Kol Zulkifeli bin Hj Mohd Zin pada 30 Mac 1994. Kepala Harimau dan lambang ini bererti ketangkasan serta keberanian perajurit para di dalam pasukan dalam apa jua tugas yang diamanahkan kepada mereka. Harimau juga digunakan sebagai lambang kebanggaan RAMD.

 

Manakala sayap melambangkan pasukan ini sebuah Batalion para yang unggul serta membawa maksud penerjunan yang dilakukan di dalam pasukan adalah secara total, dimana setiap anggota sanggup diterjunkan dimana sahaja. Sementara itu, nombor 9 pula melambangkan pasukan ini adalah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

WARNA

Terdiri daripada warna utama iaitu hitam dan hijau. Warna hijau membawa pengertian sikap setiakawan dan kepercayaan yang berterusan di antara warga pasukan ini. Manakala warna hitam pula bermaksud kecekalan hati dan keberanian yang kental.

bottom of page