Serah Menyerah Tugas Ketua Kerani
Hari ini berlangsung serah menyerah tugas Ketua Kerani antara PW II Ibrahim bin Mey dengan Ssjn Zairudin bin Rad sambil disaksikan oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Asrul Hikam bin Tan Sri Ab Rahman di Bilik Gerakan 9 RAMD (Para). PW II Ibrahim bin Mey akan memulakan Kursus Peralihan sebelum menamatkan perkhidmatan beliau di dalam tentera darat selama 21 tahun. Ssjn Zairudin bin Rad sebelum ini memegang jawatan sebagai Sjn Urustadbir telah menyerahkan jawatan tersebut terlebih dahulu kepada Sjn Din bin Ahmad. Batalion 9 RADM (Para) mengucapkan selamat maju jaya kepada PW II Ibrahim bin Mey dan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan kepada batalion sepanjang perkhidmatan beliau. Semoga kecemerlangan mampu diteruskan oleh Ssjn Zairudin bin Rad. All the best, break a leg!
Sembilan Tak Kenal Menyerah