top of page

Majlis Iftar Pegawai Memerintah Bersama Anggota Kpl Kebawah

Satu Majlis Berbuka Puasa Pegawai Memerintah Bersama Anggota berpangkat Kpl dan kebawah telah diadakan di Dewan Makan Pasukan pada 23 Jun 16 yang lalu.

Majlis yang berkonsepkan potluck dan buffet turut dihadiri semua Pegawai bersama Pegawai Waren pasukan berlangsung meriah dengan masing-masing berpakaian kebangsaan lengkap mewujudkan suasana seperti di hari raya.



Pegawai Memerintah telah memberi pujian kepada kumpulan tukang masak yang terlibat kerana berjaya menyediakan makanan yang sangat sedap dan baik. Beliau turut menzahirkan rasa puas hati dan gembira dengan jumlah kehadiran yang maksimum, ini membuktikan semangat berpasukan dan espirit de corp sesama anggota masih tinggi bukan sekadar memenuhi arahan yang dikeluarkan. Di dalam ucapan beliau lagi turut memberi beberapa pesanan dan peringatan terakhir sebelum meninggalkan pasukan ke tempat baru pada akhir bulan nanti.


"SEMBILAN TAK KENAL MENYERAH"


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page