Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah
Terendak : Perbarisan Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) telah dilaksanakan di Padang Kawad 9 RAMD Para pada 27 Jun 2016 yang lalu. Di dalam perbarisan ini Lt Kol Ismail bin Mohamed selaku mantan Pegawai memerintah yang lama menyerahkan tugas secara rasminya kepada Pegawai Memerintah baru iaitu Lt Kol Md Zaini bin Osman dan disaksikan oleh Panglima 10 BGD (Para). Lt Kol Ismail bin Mohamed akan bertukar keluar ke PULADA dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jurulatih.
Semasa ucapannya, beliau mengingatkan agar warga 9 RAMD (Para) akan terus cermelang dalam segala lapangan yang melibatkan latihan, operasi dan sebarang kejohanan sukan yang dipertandingkan serta terus memberi kerjasama padu kepada Pegawai Memerintah yang baru. -Oleh :Ssjn Zainal Abidin, Gambar :Lkpl Syafiq bin Zulkifly