top of page

9 RAMD (Para) Melaksanakan Latihan OBUA

MELAKA: 9 RAMD (Para) melaksanakan latihan Operation In Built Up Area (OBUA) sejajar dengan template latihan 10 Bgd (Para) yang menggariskan keperluan satu Kompeni Tempur sebagai SME dan kompeten di dalam OBUA bermula dari 28 Jan sehingga 7 Feb 2019.

Latihan ini adalah sejajar dengan Direktif Panglima Tentera Darat di mana penumpuan kepada deep understanding bagi setiap lapisan pegawai dan anggota dalam mencapai objektif serta outcome yang ditetapkan sejajar dengan peranan sebagai salah sebuah pasukan Tempur di dalam ketumbukan PAC.

Pendekatan latihan dirangka secara holistik dan objektif yang digariskan secara terperinci bagi memenuhi aspirasi Panglima 10 Bgd (Para) agar latihan sentiasa dekat di hati warga Harimau Para.

Justeru, latihan ini dirangka di dalam dua fasa yang mana fasa pertama merangkumi kelas teori, Hari Pengajian dan TEWT Ketua Kompeni, Ketua Platun dan Ketua Seksyen Platun Pakar.

Turut fokus kepada kefahaman op, keupayaan merancang dan membuat perkiraan keadaan (MAP) serta keupayaan penilaian tanah dan musuh khusus bagi PTTK.

Manakala fasa kedua adalah FTX iaitu Ex URBAN TIGER yang akan dilaksanakan pada 9 hingga 15 Feb 2019 secara latihan hands-on diikuti two-sided Ex merangkumi fasa Ofensif and Defensif.

Proses Evaluasi dan AAR akan dilaksanakan diakhir Eks bagi mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan di masa hadapan sebagai persediaan kepada Eks peringkat Bn dan Bde.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page