MMR 9 RAMD (Para)
MELAKA: Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Sempena Dining Out Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) telah di adakan di Wisma Perwira 9 RAMD (Para), Kem Terendak pada 23 Feb 2019.
Seramai 24 pegawai serta isteri dan pasangan menghadiri MMR bagi meraikan Peg Mem yang akan bertukar keluar setelah 32 bulan menerajui pasukan 9 RAMD (Para).
Turut diraikan beberapa pegawai yang bertukar keluar iaitu Mantan Penolong Pegawai Memerintah, Mej Andy Herman Rahimi yang melanjutkan pengajian di INSPEKA, Kapt Muhamad Faizal Jais yang bertukar keluar ke Mk 10 Bgd (Para) dan Lt Noor Ikhsanuddin Noor Husni yang bertukar keluar ke Kompeni PANDURA (Para).
Di samping itu, MMR turut meraikan pegawai bertukar masuk iaitu Mej Norazlan Abu menjawat jawatan Pen Peg Mem, Mej Salmuazhari Mat Salleh sebagai Pegawai Gerakan, Kapt Mohd Shahizam Murad sebagai Ket Komp C, dan Kapt Akmal Bashar Johari sebagai Pen Ket Komp A.
Pegawai Memerintah menyatakan dalam ucapannya bahawa MMR diadakan bagi mengekalkan tradisi serta nilai rejimental di pasukan 9 RAMD (Para). Majlis yang penuh adat dan etika ketenteraan ini mampu menerapkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) selari dengan kehendak perkhidmatan dan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat.
Peg Mem turut menyeru agar semua pegawai komited, berusaha keras, berdisiplin, saling bantu membantu bagi meneruskan legasi kecemerlangan Harimau Para.
Ucapan beliau diakhiri dengan penghargaan kepada isteri dan keluarga yang setia dan sabar menyokong kerjaya suami sebagai seorang Pegawai Para yang terpaksa berkorban masa berkualiti bersama keluarga demi keutamaan tugas.
Majlis MMR diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pegawai dan isteri yang bertukar keluar.