top of page

Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para)

MELAKA : Seramai 11 Pegawai dan 256 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) yang dilaksanakan di Padang Kawad Pasukan pada 27 Feb 2019.

Acara tradisi dan rejimental ini adalah merupakan salah satu tradisi dan adat resam pasukan setiap kali pertukaran Peg Mem.

Acara dimulakan dengan Perbarisan Serah Terima Tugas Peg Mem yang diketuai oleh Mej Norazlan Abu, Pen Peg Mem 9 RAMD Para.

Ajutan Perbarisan adalah Lt Muhammad Firman Mohammad Fauzi, SMR Perbarisan adalah PW 1 Shamsul Alam Rangru dan Peg Panji-Panji adalah Lt Mohd Ikram Hakim Mohd Fisol.

Perbarisan ini diiringi oleh Pl Brass Band 9 RAMD (Para) yang diketuai oleh DM SSjn Rasid Abu Kassim.

Acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas, Penyerahan Tongkat Kuasa Peg Mem dan Penyerahan Panji-Panji Rejimen Pasukan di antara Lt Kol Md Zaini Osman dengan Lt Kol Ahmad Fitri Othman disaksikan dan disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal.

Turut sama diadakan adalah Acara Serah Terima Tugas Pengerusi BAKAT 9 RAMD (Para) di antara Puan Arzanizar Mohd Iskandar dengan Puan Maslihana Jaafar di Rumah BAKAT Pasukan yang disaksikan oleh Penasihat BAKAT dan ahli BAKAT 9 RAMD (Para).

Lt Kol Md Zaini Osman merupakan Peg Mem 9 RAMD (Para) Ke-26 telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Harimau Para di atas segala kerjasama dan taat setia yang dicurahkan selama 32 bulan beliau memegang tampuk pemerintahan di 9 RAMD (Para).

Acara tradisi ini diakhiri dengan acara Street Lining di sepanjang laluan daripada Dewan Makan Pasukan hingga Balai Pengawal.

Lt Kol Md Zaini Osman juga menyerahkan Bendera Kompeni yang disemat dengan bintang yang mewakili berapa ramai bilangan pengganas komunis yang telah dibunuh oleh pasukan ini serta acara menaikkan bendera komp tersebut di hadapan warga Harimau Para di Dataran Semangat.

Penyematan bintang di bendera setiap Komp dan bendera ulung Pahlawan Sembilan adalah salah satu usaha untuk mengekalkan sejarah pasukan yang telah berjaya membunuh seramai 38 orang pengganas komunis semasa era insurgensi terdahulu.

Di akhirnya adalah acara menanam pokok di Dataran Semangat yang disaksikan oleh warga

Harimau Para.


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page