Eksesais Harimau Gunung Siri 1/2019
- Apr 19, 2019
- 1 min read
MELAKA: Pasukan 9 RAMD (Para) telah melaksanakan Eks-HARIMAU GUNUNG Siri 1/2019 di kawasan am Hutan Rizab Tampin dan Inas. Latihan yang berkonsepkan kepada Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) atau Peperangan Hutan melibatkan seramai empat pegawai dan 148 LLP mulai 8 hingga 19 Apr 2019.
Eksesais ini adalah untuk memantapkan setiap lapisan anggota bermula daripada peringkat Seksyen sehingga Komp dalam peperangan hutan atau PMI yang telah dirancang bermula dengan latihan individu, latihan kelas secara teori dan praktikal, hands-on practical peringkat seksyen, Platun dan komp seterusnya pelaksanaan latihan Field Trg Exercise (FTX) mulai 15 hingga 19 Apr 19.
Konsep latihan yang telah diaplikasikan adalah secara back to back training bagi memenuhi keperluan operasi dan juga template latihan yang telah digariskan. Ia juga merupakan sebahagian daripada Pre-Deployment Training bagi Komp C.
Latihan kolektif yang telah ditekankan adalah membaca peta serta panduarah siang/malam ke kawasan KTJ, pelaksanaan kawad-kawad menduduki pangkalan, pelaksanaan ronda dalam sektor/KTJ, tinjauan rapat, serang hendap dan serangan ke atas khemah musuh.
Selain itu juga, pelaksanaan eksesais ini juga adalah bagi menguji keberkesanan fungsi pemerintah bagi setiap lapisan, aplikasi penggunaan peralatan komunikasi dalam fasa taktikal serta penekanan terhadap asas individu seperti pergerakan waktu malam, disiplin medan, disiplin keluar/masuk rondaan dan aplikasi isyarat medan semasa operasi.
Latihan yang telah dilaksanakan ini telah digarap selari dengan Arahan Latihan Panglima 10 Bgd (Para) iaitu memberi tumpuan kepada pengukuhan asas pengetahuan ketenteraan ( military fundamentals) sejajar penekanan back to basic.
Istilah “ask for an inch, we will give you a mile” diterapkan dalam setiap warga Harimau Para dalam pelaksanaan latihan kolektif ini dengan mencapai tahap Minimum Essential Requirement (MER) dan berkeupayaan tinggi dalam aturgerak PMI pada sebilang masa.
58373261_2640550815973817_45730706718436 58374657_2640551129307119_66007546424375 57429702_2640550985973800_89265421998736 57317077_2640551429307089_41982298706914 57750730_2640550789307153_76968173041006 57558602_2640551522640413_71814438802381 57581539_2640551245973774_40456208650967 57484735_2640551339307098_45986293693871 58444291_2640551375973761_47118248946255 58374801_2640551082640457_30428548359520 58379210_2640551285973770_43908225221410 58444189_2640551485973750_37740878786828
























Comments