Eksesais TIGER HELO Tingkatkan Kemahiran Anggota 9 RAMD (Para)
- Apr 26, 2019
- 1 min read
MELAKA: Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) melaksanakan Eks TIGER HELO Siri 1/2019 di sekitar Kem Terendak bermula dari 19 sehingga 26 Apr 2019.
Eks ini melibatkan tujuh pegawai dan 160 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang mana eks ini turut diperkemaskan dengan bantuan pesawat udara helikopter EC 725 dari 10 Skn, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Eks TIGER HELO merupakan Latihan Medan (FTX) yang berkonsepkan Operasi di Kawasan Terbina (Op Built Up Area-OBUA).
Eks ini bertepatan dengan keperluan template latihan 10 Bgd (Para) iaitu pasukan 9 RAMD (Para) mampu menyediakan satu Komp yang berkemahiran dan berkeupayaan mel
aksanakan sebarang tugas dalam persekitaran OBUA.
Eks FTX ini merupakan fasa kedua setelah selesai melaksanakan latihan MAP, TEWT dan hands-on.
Bagi siri latihan ini, nilai tambah terhadap eks OBUA pasukan (Eks URBAN TIGER) adalah dengan penambahan Operasi Air Mobile atau Air Assault.
Justeru pasukan turut melaksanakan latihan penyesuaian (familiarization) bagi Fast Roping dan Hover Jump dari pesawat udara sebelum pelaksanaan serangan akhir.
Pelaksanaan Eks TIGER HELO adalah dengan mengaturgerakkan satu Komp menggunakan kaedah Fast Roping dari pesawat udara.
Seterusnya memusnahkan instalasi musuh dengan kaedah serangan mengejut Raid.
Semasa fasa Raid, serangan yang agreasif dari bangunan ke bangunan turut dibantu dengan kumpulan yang menyusup masuk dari atap bangunan dengan kaedah fast roping.
Setelah berjaya melaksanakan misi, kumpulan serangan munuju ke lokasi penarikan keluar dengan menggunakan pesawat udara.
Secara keseluruhannya, latihan ini telah dapat dilaksanakan oleh anggota 9 RAMD (Para) dengan jayanya.
57451060_2648714431824122_55377235133910 58379437_2648714255157473_90954531876320 58680938_2648713541824211_17478408795922 58383535_2648714375157461_53376405205816 58583815_2648713831824182_56661156594198 58383171_2648713905157508_41644185438126 58380343_2648714511824114_10920727272394 58463007_2648714598490772_58861860899950 58462064_2648714161824149_67592432478071 58462763_2648714105157488_25889207947047 58549644_2648714021824163_69829625322730 58950088_2648714325157466_43910665707727
























Comments