Perbarisan Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para)
- Apr 27, 2019
- 1 min read
Updated: Feb 5, 2021
MELAKA: Seramai 21 pegawai dan 447 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para), Lt Kol Ahmad Fitri Othman di Padang Kawad Pasukan pada 27 Apr 19.
Perbarisan diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Norazlan Abu manakala Ajutan Perbarisan adalah Lt Muhammad Firman Mohammad Faudzi merupakan perbarisan ulung kali diadakan bagi meraikan Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) Ke-27 yang mengambil alih pucuk pimpinan pasukan pada 27 Feb 19.
Pegawai Memerintah turut menyempurnakan acara penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada anggota-anggota yang telah mempamerkan kecemerlangan seterusnya menjulang nama baik pasukan.
Seterusnya dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau menyeru agar warga Harimau Para terus komited dalam meneruskan legasi kecemerlangan yang telah disemai oleh pemerintah terdahulu.
58922489_2653483958013836_11588754889202 58673878_2653483744680524_57714053052125 59244071_2653483821347183_69774529568157 59553630_2653483768013855_43013394812790 59567115_2653484048013827_72827448500326 59295205_2653484021347163_60592707294032
























Comments