KESIAGAAN DAN KOMPETENSI WARGA HARIMAU PARA MELAWAN KEBAKARAN DIPERTINGKATKAN
- 9melayupara
- May 2, 2021
- 1 min read
Latihan Kebakaran Pasukan bersama Sel Bomba Tentera Darat (SBTD) Kem Terendak telah berjaya dilaksanakan di Padang Kawad 9 RAMD (Para). Penglibatan pegawai dan anggota LLP 9 RAMD (Para) bertujuan memberi pendedahan berkenaan prosedur dan tindakan semasa berlakunya kebakaran.
Seramai 7 orang anggota dari Sel Bomba Tentera Darat (SBTD) Kem Terendak terlibat dalam memberi bimbingan dan demonstrasi sepanjang simulasi kebakaran dlilaksanakan. Latihan ini dilaksanakan dalam penguatkuasaan SOP pencegahan penularan COVID-19 yang ketat.
TAK KENAL MENYERAH

Commentaires