top of page

PEMERKASAAN KESIAGAAN WARGA HARIMAU PARA DITERUSKAN

MELAKA - Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) meneruskan latihan tempatan yang telah dirancang dalam Tahun 2021 ini sebagai salah satu persiapan dalam meningkatkan kesiagaan Warga Harimau Para sebelum melaksanakan Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/21 yang bakal dilaksanakan pada bulan Jun dan Jul 21.


Eksesais ini melibatkan gabungan Eks URBAN TIGER Siri 1/21 dan Eks TIGER CLAW Siri 1/21. Eks ini telah dilaksanakan di kawasan am Kem Terendak hingga kawasan Am Sg Linggi dan Tanjung Agas.


Secara amnya, eksesais ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa Pre Deployment Training, Fasa Pelaksanaan FTX dan diakhiri dengan Pelaksanaan Fasa Program Jiwa Murni dalam kawasan latihan. Latihan ini dilaksanakan bermula 30 Mac sehingga 10 Apr 21.


Objektif eksesais ini adalah untuk menyediakan sebuah Battle Ready Battalion kepada ketumbukan 10 Bgd (Para) yang menumpukan kepada fokus pemantapan Command and Control bagi setiap lapisan pemerintah, memperkemaskan pelaksanaan Teknik, Taktik Procedure (TTP) dan ketahanan individu sebelum mengikuti latihan peringkat Bgd iaitu Eks PARA PREDATOR yang bakal dilaksanakan secara berterusan pada bulan Jun dan Jul akan datang.


Pelaksanaan eksesais ini dimulakan dengan latihan Pre Deployment Training dalam kawasan Kem Terendak serta pelaksanaan TEWT dan Penyampaian Perintah. Eks URBAN TIGER memberi fokus kepada kemahiran peperangan dalam kawasan terbina (Operation in Built Up Areas) manakala Eks TIGER CLAW pula memberi fokus kepada kemahiran Assault River Crossing. Pelaksanaan FTX disimulasikan dengan pengguguran BG TIGER melalui Op PARACUT dalam kawasan musuh (behind enemy line) di ZG PAHLAWAN (Kem Terendak) sebelum menyelamatkan Obj TIGER di Kawasan Am Jambatan Sg Linggi dan Tg Agas.


Eksesais ini juga bertujuan untuk menguji keupayaan BG TIGER dalam pelaksanaan TTP bagi OBUA, Recon Op, Assault River Crossing, Secure Critical Area dan Breakout Op dalam usaha menyelamatkan Kawasan Am Linggi di dalam membantu menyediakan opsyen keupayaan manuver kepada ketumbukan Div (Main Larger Forces) untuk meneruskan gerak mara menawan musuh.


Latihan ini diakhiri dengan pelaksanaan Program Jiwa Murni di Masjid Kariah Tg Agas yang melibatkan program membersihkan kawasan sekitar masjid serta tanah perkuburan dan menyampaikan sumbangan bahan makanan asas kepada golongan asnaf yang dikoordinasikan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Tg Agas. Aktiviti ini adalah selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam dan juga bertepatan dengan Tema Sanbutan HUT TD Ke-88 iaitu Sinergi TD dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara.


Eksesais yang dilaksanakan ini juga adalah selari dengan hasrat Panglima 10 Bgd (Para) bagi Tahun 2021 yang memberikan penekanan kepada aspek latihan yang menjurus kepada tugas dan peranan ketumbukan Rapid Deployment Force sebagai sebahagian daripada elemen PAC ATM.


Artikel & Gambar: Sel Risik 9 RAMD (Para)




Opmerkingen


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page