top of page

PERBARISAN PEGAWAI REKOD BATALION KESEMBILAN REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (PARA) SIRI 1/2021

MELAKA. Seramai 8 pegawai dan 410 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Rekod Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) yang telah dilaksanakan pada 1 April 2021.


Perbarisan ini telah dilaksanakan di Padang Kawad pasukan sejurus selepas Perbarisan Siap Siaga 9 RAMD (Para).


Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Peg Rekod, Lt Mohamad Lutfi bin Mohamad Yamin dan diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan diiringi SMR, PW 1 Mohd Khairi Fitri bin Man.


Dalam ucapan Pegawai Rekod Pasukan, beliau menitikberatkan keperluan publikasi dalam dokumen berdarjah dan keterampilan diri serta disiplin bagi setiap pegawai dan anggota supaya dapat mencerminkan diri sebagai seorang anggota Harimau Para yang terbaik.


Di samping itu, beliau juga menasihati semua anggota supaya tidak terlibat dengan aktiviti negatif yang boleh memusnahkan kerjaya dan harapan bangsa.


Seterusnya, Pegawai Rekod Pasukan telah melaksanakan Hari Bertemu Pelanggan secara berperingkat bagi keperluan pemeriksaan dokumentasi anggota dan menyampaikan cara pengisian dokumen berdarjah seperti BAT D 45 dan BAT D 1 A di Bilik Gerakan Pasukan agar dokumentasi pasukan dapat diuruskan dengan baik dan teratur.


TAK KENAL MENYERAH




Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page