PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN 9 RAMD (PARA)
MELAKA: Seramai 345 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), PW I Mohd Khairi Fitri bin Man di Padang Kawad Pasukan pada 16 Mac 2021.
Perbarisan ini adalah salah satu aktiviti rejimental pasukan yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR) dalam kalangan warga Harimau Para sejajar dengan hasrat Pucuk Pimpinan Tentera Darat yang berkehendakkan agar SPR terus diamalkan oleh seluruh warga Tentera Darat.
SMR dalam ucapan beliau mengingatkan kepada semua warga Harimau Para supaya sentiasa mengekalkan disiplin yang tinggi dan menjaga keterampilan sebagai seorang anggota Para.
TAK KENAL MENYERAH
Comments